ZIARAH UKHUWAH FOR AMAL

Di rumah adik Nor aida Azanie yang kematian ayah kerana kencing manis kronik. Halwa sedang menemuramah ibu adik Aida bagi berkongsi suka duka sebagai ibu tunggal.
Halwa di rumah Puan Rahimah seorang ibu muda yang berkongsi kasih dengan 4 anak tiri dan seorang OKU. Adik Afif berusia 14 tahun ceria melayan rombongan Halwa. Sumbangan wang dan barangan diberikan ke atas keluarga ini. Semoga Pn Rahimah terus sabar menjalankan tanggungjawab.

Halwa di rumah Pn Nasiah. Pn Nasiah dan suami menghadapi masalah sakit kaki. Walaupun sakit kedua-duanya tidak lupa untuk melakukan ibadah fardu kepada Allah.

Halwa di rumah adik faezah yang kematian ayah pada bulan Ramadhan yang lalu. Halwa sangat bersimpati dan menghulurkan sedikit sumbangan serta memberi motivasi bagi memberi suntikan semangat kepada adik Faezah dan ibunya.

Di rumah Pn Rukiah yang juga mengahdapi sakit kaki. Katanya sejak sakit kaki pergerakan sangat terbatas. Kami memahami dan megharapkan kesabaran




Halwa sentiasa bergerak melakukan kerja-kerja amal lillahi Taala. Halwa merasakan satu kepuasan kerana dapat berkongsi pelbagai permasalahan dengan wanita-wanita lain .

0 comments:

Post a Comment