majlis silaturrahim Surau Darul Makmur

Muslimat Kariah Surau Darul Makmur sedang menjamu selera. Pelbagai juadah ada hasil sumbangan ahli kariah. Dengan cara ini dapat mengeratkan ukuhuwwah fillah

Kehadiran isteri YB Adun Meru Pn Afidah Anum, ibu serta kakaknya yang sememangnya ahli kariah ini menyerikan lagi majlis ini.

Program Senandung Kasih sedang berjalan. Banyak manafaat yang diperolehi dalam program ini.


Bacaan Yasin dan Tahlil yang dikendalikan oleh Pengerusi Biro Wanita Surau Darul Makmur sendiri sedang dijalankan. Semoga Allah menerima segala amalan.

Inilah ustazah yang menyampaikan tazkirah pada pagi yang mulia ini. Tajuknya :Silaturrahim. Hebat dan Mantap. InsyaAllah bulan depan 8 November kita ada lagi Majlis Ilmu.

Majlis Silaturrahim Surau Darul Makmur dapat menghimpunkan seramai 40 orang muslimat kariah. Antara acara majlis tersebut ialah Bacaan Yasin dan Tahlil, Tazkirah , senandung Kasih dan Jamuan Mesra. Rata-rata peserta mengharapkan program akan diteruskan. Insya Allah.

ZIARAH UKHUWAH FOR AMAL

Bersama Cik Juliana yang berusia 42 tahun yang menghidapi sakit "urat saraf sejak usia 21 tahun.

Tidak lupa mengunjungi Ketua Kg Meru En Taifor. Berbagai maklumat diperolehi dan tidak lupa juga motivasi

Bersama seorang ibu tunggal yang menghadapi masalah. kami dipertemukan di rumah Pn Asmah dan berjanji akan mengunjungi rumahnya awal bulan November


Di rumah sahabat guru Pasti Pn Nora Mohamad. Seorang yang aktif dalam kerja amal



Di rumah terbuka Pn Rahimah Kassim AJK Masjid asSyarrif Meru

ZIARAH UKHUWAH FOR AMAL

Berada di depan rumah Pn Hajah Kamisah. Seorang guru tadika dan guru mengaji di Taman meru 3. Seorang yang rajin mengikuti program di masjid. Hari ini beliau menghadapi masalah mata dan akan menjalani pembedahan.
Di rumah seorang pelajar Spm yang patah kaki kerana kemalangan jalanraya.
Muslimat ceria membuatkan orang yang dikunjungi merasa bahagia dan gembira
Walaupun letih bekerja sebelah pagi muslimat tidak mahu terlepas peluang membuat amal.

aKenangan bersama Puan Hajah Kamisah. Semoga pembedahan mata yang akan dijalani berjalan dengan lancar


Bersama keluarga bahagia Puan Nurul dengan warga emas iaitu ibu dan ibu mertua Puan nurul.




JAMUAN HARI RAYA DI PEJABAT ADUN

Barisan urusetia pada Jamuan Hari Raya
Pertemuan Dua Pimpinan

Petugas Sibuk melayan Tetamu yang Hadir


Petugas Sibuk menyediakan Juadah



Bekerjasama memudahkan Tugasan





Majlis Khatam Qur'an HalWa UPU kg Meru

Salam ukhuwwah tanda kasih dipadu, hati bertaut satu, lillah nawaitu
Pn Bariah ajk Surau bersama dengan Pengendali khatam qur'an

Gembira menerima cenderahati, sebagai kenangan hadirkan diri


Majlis Khatam Qur'an, perelok bacaan, menghayati pengajaran



Jiwa tenang membaca kalam suci bersama sahabat sejati




HALWA MERU DI SANA-SINI

muslimat sedang tekun mendengar kupasan forum
Bicara ad din sentiasa dirindui, majlis ilmu para Malaikat bersama, tidak rugi jika korban masa

Ziarah satu aktiviti yang sentiasa dilakukan oleh HalWa bagi mengerat ukhuwah


Bila bertemu, banyaklah kupasan isu. Satu persatu dihurai tanpa rasa jemu



Mesyuarat sentiasa dilaksana agar program berjalan sempurna




MAJLIS BERBUKA PUASA
















Bulan Ramadhan yang mulia ini sunat kita bersedekah dan memberi makan orang yang berpuasa. Inilah salah satu cara Pasti Munawwarah dengan kerjasama Muslimat Kg Meru beramal jariah. Al-hamdulillah program berjalan dengan baik dimulai dengan tazkirah, penyampaian kepada ibu tunggal, anak yatim dan musibah. Seterusnya majlis berbuka puasa dan diikuti solat Maghrib berjamaah dan solat tarawikh. Banyak penyumbang dalam majlis ini. Semoga Allah memberi ganjarannya.

majlis Sumbangsih Ramadhan Halwa Meru dan DMPK kapar