Ramah Mesra Halwa Bersama Ibu Tunggal

Antara AJK pelaksana Program Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal sempat berposing dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Ketua Biro Wanita masjid AsSyarif Meru menyampaikan cenderahti kepada Pn Afidah kerana sudi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup.

Ini adalah barisan AJK Pendaftaran yang dedikasi. Mereka tidak meninggalkan meja pendaftaran sehingga majlis selesai. Terima kasih atas bantuan anda.


Amboi, sedapnya menjamu selera. Inilah orang kuat masjid yang bekerjasama dengan Halwa.

Salah satu aktiviti yang dijalankan dalam program ini bagi menginsafi diri bahawa semua yang terjadi adalah ketentuan Allah. sebagai hamba kita perlu banyak bersabar dan terus beribadah

Pn Hajah Siti Hasnah merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Mekar Selangor sedang memberi taklimat kepada peserta berkenaan tentang PERIMS

Asyik para peserta mendengar motivasi dari Pn Nuridah Mohd Salleh yang bertajuk Kasih Pada Yang Satu

Slot "Suara Hati" yang sangat menarik tentang pengalaman ibu tunggal mengharungi kehidupan yang diwakili oleh Pn Noraini Ariffin dan Pn Pujiah Bahran.

Pn Afidah Anum isteri YB Dr Abd Rani sedang menyampaikan cenderahati tanda terima kasih kepada Ustazah Nuridah Salleh

AJK pendaftaran sibuk melayan para peserta ketika pendaftaran. Kehadiran di luar jangkaan sehingga mencecah 150 orang. Sedangka n jangkaan AJK hanya lingkungan 60 orang sahaja yang akan hadir. Al hamdulillah.

0 comments:

Post a Comment