Kumpulan Munajat Halwa Meru

Antara peserta yang terawal hadir dalam program ini. Semangat yang ada pada diri mereka walaupun semuanya berusia 50 tahun ke atas sangat dikagumi. Amal Jariah masih dilakukan sebagai bekalan.
Barisan ajk sebagai penganjur program lega kerana kumpulan munajat pertama dapat dibentuk. Sasaran mereka adalah lima belas orang tetapi yang hadir seramai 22 orang. Al hamdulillah.

Menjamu selera sambil menjalin ukhuwah bagi mengukuhkan jamaah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan.

Penat hilang bila melihat semangat kumpulan munajat yang usia emas tetapi sanggup menerima amanah demi Islam yang tercinta. Allahu akbar

Para peserta tekun mendengar tazkirah dan taklimat dari pihak penganjur. Semua menyatakan rasa bersyukur kerana dalam usia emas mereka masih dihargai dan diberi peluang untuk beramal jariah.

Mudah-mudahan dengan usaha membentuk kumpulan munajat ini kita sentiasa mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah. Semoga berkurangan maksiat dan kemungkaran di bumi Allah ini. Untuk kumpulan yang pertama ini seramai 20 orang terdiri dari lokaliti Persiaran Hamzah Alang, Jalan Nenas dan Jalan belimbing.

0 comments:

Post a Comment