SAMBUTAN HARI IBU DAN GURU

17 Mei 2009, Sambutan Hari Ibu dan Guru telah diadakan dengan meriahnya. Antara program yang disediakan ialah Jualan gerai, pertandingan mewarna, pertandingan pakaian beragam, ceramah motivasi oleh Tuan Haji Husim Salleh dan ustaz Zahazan Mohamad serta Cabutan bertuah Khas untuk Ibu dan Guru.

Sambutan adalah di luar dugaan khususnya pada program Motivasi yang mana dianggar lebih dari 700 orang yang hadir. Al hamdulillah program berjalan dengan lancar dan baik walaupun ada sedikit kelemahan, Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung. HalWa yakin tanpa kerjasama semua pihak program yang disusun atur tidak akan berlangsung dengan jayanya.

HalWa mengharapkan di masa yang akan datang program seperti ini akan dapat dijalankan dengan lebih baik lagi dan akan melibatkan lebih banyak pihak lagi. Tahniah kepada semua urusetia yang dapat menjalankan amanah dan memainkan peranan dengan baik. Terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru yang tidak jemu memberi sokongan dan juga Pasti-pasti di dun Meru yang bekerja keras mengadakan pelbagai jualan makanan yang sedap dan murah. Terima kasih juga kepada ajk cawangan muslimin yang membantu dan khususnya bahagian kebersihan dari Cawangan Cerakah jaya. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

program anakku sayang



HALWA MELAKUKAN AMAL JARIAH





muslimat sentiasa bersama