Halwa Meru :kem hafazan Bestari
















Halwa Meru : Bantu Ihtifal Pasti Munawwarah
















Ihtifal pasti Munawwarah sesi 2009 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ajk Pasti Munawwarah mengucapakan terima kasih kepada Halwa Kg Meru dan Jalan Nenas kerana sudi membantu dalam menjayakan ihtifal pada kali ini.

HALWA MERU:ZIARAH UKHUWAH FOR AMAL

Halwa Meru bersama DMPK Kapar berkunjung ke rumah Ustazah Sarimah Ash"ari.Ziarah ini bertujuan bertanya kesihatan Ustazah yang mengalami ketumbuhan dalam peti suara.

Halwa berada di rumah seorang ibu tunggal OKU di Taman Sri Puteri. Walaupun OKU tetapi semangat yang kuat serta rajin orangnya menyebabkan Halwa terpegun dengan kekemasan dan kebersihan rumahnya. kedatangan kami sangat dialukan.

Halwa berada di halaman rumah Pak Din yang sedang sakit. Halwa bersama Pn Afidah berkunjung rumah Pak Din yang berada di Jalan jambu.


Ini isteri Pak Din. Isteri Pak Din pun kurang sihat. Mereka tinggal berdua je. Anak-anak dah kahwin dan duduk jauh. Pak Din dan isteri memahami kesibukan anak-anak. Pn Afidah sedang berbual dengan isteri Pak Din serta menghulur sedikit sumbangan.



Halwa di rumah Hj Sulaiman. Hj Sulaiman seorang yang tabah dan setia kepada isterinya yang uzur kerana strok. Beliau 3 tahun menjaga isterinya dengan penuh kasih sayang. Seminggu selepas Halwa datang berkunjung isteri Hj Sulaiman meninggal dunia.al Fatihah.


Halwa Meru sentiasa menggesa ahlinya untuk sentiasa mengamalkan program ziarah bagi mendekati dan menyelami hati masyarakat sama ada yang ditimpa musibah,susah ataupun dalam kesakitan. Kita mengharapkan dengan cara ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama inisan. Kali ini Halwa dengan izin Allah dapat bersama isteri YB Adun Meru iaitu Pn Afidah Anum.

Halwa Meru: Urusan Remaja dan Nisak ke IKS

Tengoklah AJK Nisak pun tak lepaskan peluang untuk melukis batik. Halwa tak sangka ada kilang batik di Dun Meru yang terletak di Bukit Kapar.
Ini adalah pelukis batik terbaik. Menurut peserta mereka akan membuka kilang batik sendiri satu hari nanti.

La.... Seronoknya jumpa kambing. Tak pernah pegang kambing tapi hari ini dapat masuk kandang kambing dan bermain dengan kambing. Kambing pun sporting bergaya bergambar.


Ni pula di kilang kerepek di Jalan Surau Sebaya. Apa lagi memborong kerepeklah rombongan nisak terutama AJKnya.



Nisak tak lupa ucap terima kasih dan memberi sedikit cenderahati sebagai kenangan.

Ketua Urusan Remaja Halwa merangkap penyelaras Halwa meru sedang menyampaikan cenderahati kepada Pemilik kilang kuih/bahulu di batu 8 Meru


Halwa di dalam kilang kuih/bahulu sedang memerhatikan kecekapan pekerja menjalankan tugas mereka.

Halwa dan remaja bergambar di perkarangan rumah cendawan bersama pemiliknya. Para peserta ceria sebab dapat makan cendawan goreng bertepung, nasi goreng cendawan dan jus cendawan.

Ini lokasi pertama peserta bertemu iaitu di Masjid asSyarif Meru. Masjid Meru memberi sumbangan sarapan pagi. Terima kasih.


Ini Ajk yang tak dapat pergi sebab ada Majlis lain. Apapun Ketua Halwa ucap tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Cikgu Nora.

Pada cuti sekolah pelbagai aktiviti dirancang oleh Unit Remaja Halwa dan Nisak bagi memenuhi cuti dengan manafaat. Antara program yang telah dirancang dan telah dilaksanakan dengan jayanya ialah Lawatan Nisak ke Industri Keci Sederhana. Peserta terdiri dari remaja sekolah menengah seramai 40 orang yang telah mengunjungi IKS sekitar Kg Meru dan Bukit Kapar antaranya Tanaman Cendawan,Kilang kuih,Kilang Kerepek, Penternakan kambing,Kilang Roti, Kolam Ikan Keli dan Tanaman taugeh. Para peserta menyatakan seronok dan banyak pengetahuan setelah mengikuti program ini. Program ini telah diketuai oleh Puan Nora Mohamad dan Setiausahanya yang dedikasi Puan Rahmah Jumhir. Tahniah.










Kumpulan Munajat Halwa Meru

Antara peserta yang terawal hadir dalam program ini. Semangat yang ada pada diri mereka walaupun semuanya berusia 50 tahun ke atas sangat dikagumi. Amal Jariah masih dilakukan sebagai bekalan.
Barisan ajk sebagai penganjur program lega kerana kumpulan munajat pertama dapat dibentuk. Sasaran mereka adalah lima belas orang tetapi yang hadir seramai 22 orang. Al hamdulillah.

Menjamu selera sambil menjalin ukhuwah bagi mengukuhkan jamaah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan.

Penat hilang bila melihat semangat kumpulan munajat yang usia emas tetapi sanggup menerima amanah demi Islam yang tercinta. Allahu akbar

Para peserta tekun mendengar tazkirah dan taklimat dari pihak penganjur. Semua menyatakan rasa bersyukur kerana dalam usia emas mereka masih dihargai dan diberi peluang untuk beramal jariah.

Mudah-mudahan dengan usaha membentuk kumpulan munajat ini kita sentiasa mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah. Semoga berkurangan maksiat dan kemungkaran di bumi Allah ini. Untuk kumpulan yang pertama ini seramai 20 orang terdiri dari lokaliti Persiaran Hamzah Alang, Jalan Nenas dan Jalan belimbing.

Ramah Mesra Halwa Bersama Ibu Tunggal

Antara AJK pelaksana Program Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal sempat berposing dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Ketua Biro Wanita masjid AsSyarif Meru menyampaikan cenderahti kepada Pn Afidah kerana sudi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup.

Ini adalah barisan AJK Pendaftaran yang dedikasi. Mereka tidak meninggalkan meja pendaftaran sehingga majlis selesai. Terima kasih atas bantuan anda.


Amboi, sedapnya menjamu selera. Inilah orang kuat masjid yang bekerjasama dengan Halwa.

Salah satu aktiviti yang dijalankan dalam program ini bagi menginsafi diri bahawa semua yang terjadi adalah ketentuan Allah. sebagai hamba kita perlu banyak bersabar dan terus beribadah

Pn Hajah Siti Hasnah merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Mekar Selangor sedang memberi taklimat kepada peserta berkenaan tentang PERIMS

Asyik para peserta mendengar motivasi dari Pn Nuridah Mohd Salleh yang bertajuk Kasih Pada Yang Satu

Slot "Suara Hati" yang sangat menarik tentang pengalaman ibu tunggal mengharungi kehidupan yang diwakili oleh Pn Noraini Ariffin dan Pn Pujiah Bahran.

Pn Afidah Anum isteri YB Dr Abd Rani sedang menyampaikan cenderahati tanda terima kasih kepada Ustazah Nuridah Salleh

AJK pendaftaran sibuk melayan para peserta ketika pendaftaran. Kehadiran di luar jangkaan sehingga mencecah 150 orang. Sedangka n jangkaan AJK hanya lingkungan 60 orang sahaja yang akan hadir. Al hamdulillah.

ZIARAH UKHUWAH FOR AMAL

Di rumah adik Nor aida Azanie yang kematian ayah kerana kencing manis kronik. Halwa sedang menemuramah ibu adik Aida bagi berkongsi suka duka sebagai ibu tunggal.
Halwa di rumah Puan Rahimah seorang ibu muda yang berkongsi kasih dengan 4 anak tiri dan seorang OKU. Adik Afif berusia 14 tahun ceria melayan rombongan Halwa. Sumbangan wang dan barangan diberikan ke atas keluarga ini. Semoga Pn Rahimah terus sabar menjalankan tanggungjawab.

Halwa di rumah Pn Nasiah. Pn Nasiah dan suami menghadapi masalah sakit kaki. Walaupun sakit kedua-duanya tidak lupa untuk melakukan ibadah fardu kepada Allah.

Halwa di rumah adik faezah yang kematian ayah pada bulan Ramadhan yang lalu. Halwa sangat bersimpati dan menghulurkan sedikit sumbangan serta memberi motivasi bagi memberi suntikan semangat kepada adik Faezah dan ibunya.

Di rumah Pn Rukiah yang juga mengahdapi sakit kaki. Katanya sejak sakit kaki pergerakan sangat terbatas. Kami memahami dan megharapkan kesabaran




Halwa sentiasa bergerak melakukan kerja-kerja amal lillahi Taala. Halwa merasakan satu kepuasan kerana dapat berkongsi pelbagai permasalahan dengan wanita-wanita lain .

Kesepakatan Membina Kekuatan
















Halwa sentiasa mencapai kata sepakat bagi memastikan semua program yang diatur dapat berjalan dengan baik dan lancar. Setiap perkara dihadapi dan ditangani dengan kesepakatan melalui perbincangan semua peringkat agar ianya memberi manafaat kepada semua pihak