Halwa Meru: Urusan Remaja dan Nisak ke IKS

Tengoklah AJK Nisak pun tak lepaskan peluang untuk melukis batik. Halwa tak sangka ada kilang batik di Dun Meru yang terletak di Bukit Kapar.
Ini adalah pelukis batik terbaik. Menurut peserta mereka akan membuka kilang batik sendiri satu hari nanti.

La.... Seronoknya jumpa kambing. Tak pernah pegang kambing tapi hari ini dapat masuk kandang kambing dan bermain dengan kambing. Kambing pun sporting bergaya bergambar.


Ni pula di kilang kerepek di Jalan Surau Sebaya. Apa lagi memborong kerepeklah rombongan nisak terutama AJKnya.



Nisak tak lupa ucap terima kasih dan memberi sedikit cenderahati sebagai kenangan.

Ketua Urusan Remaja Halwa merangkap penyelaras Halwa meru sedang menyampaikan cenderahati kepada Pemilik kilang kuih/bahulu di batu 8 Meru


Halwa di dalam kilang kuih/bahulu sedang memerhatikan kecekapan pekerja menjalankan tugas mereka.

Halwa dan remaja bergambar di perkarangan rumah cendawan bersama pemiliknya. Para peserta ceria sebab dapat makan cendawan goreng bertepung, nasi goreng cendawan dan jus cendawan.

Ini lokasi pertama peserta bertemu iaitu di Masjid asSyarif Meru. Masjid Meru memberi sumbangan sarapan pagi. Terima kasih.


Ini Ajk yang tak dapat pergi sebab ada Majlis lain. Apapun Ketua Halwa ucap tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Cikgu Nora.

Pada cuti sekolah pelbagai aktiviti dirancang oleh Unit Remaja Halwa dan Nisak bagi memenuhi cuti dengan manafaat. Antara program yang telah dirancang dan telah dilaksanakan dengan jayanya ialah Lawatan Nisak ke Industri Keci Sederhana. Peserta terdiri dari remaja sekolah menengah seramai 40 orang yang telah mengunjungi IKS sekitar Kg Meru dan Bukit Kapar antaranya Tanaman Cendawan,Kilang kuih,Kilang Kerepek, Penternakan kambing,Kilang Roti, Kolam Ikan Keli dan Tanaman taugeh. Para peserta menyatakan seronok dan banyak pengetahuan setelah mengikuti program ini. Program ini telah diketuai oleh Puan Nora Mohamad dan Setiausahanya yang dedikasi Puan Rahmah Jumhir. Tahniah.










0 comments:

Post a Comment