KEMBARA ILMU

Halwa sentiasa ingin mengajak orang mencari ilmu kerana orang yang berilmu akan ditinggikan darjat oleh Allah; Di sini Halwa akan memberi maklumat tentang pengajian di sana sini:

1. 15 Julai Rabu : Pengajian Muslimat di Surau Kyai Ridhuan 3 petang
2.15 Julai Rabu : Solat Sunat Duha/Taubat/Hajat /Tasbih di Surau Kyai Kamaruddin jam 8.00 pagi
3. 16 Julai Khamis : Ustaz Azrul Hakim di Surau Darul Makmur jam 8 malam
4. 16 Julai Khamis : Pengajian Muslimat di Surau Kyai Kamaruddin jam 3 ptg
5. 16 Julai Khamis : Pengajian Muslimat di Surau Huda jam 3 petang
6. 18 Julai Sabtu : Pengajian Muslimat di Masjid Meru jam 8.30 pagi
7. 18 Julai Sabtu : Pengajian Muslimat di Surau jamiiyah jam 3 petang
8. 19 Julai Ahad : Pengajian Muslimat di masjid Meru jam 9.00 pagi oleh ustaz Ghazali Omar
9. 19 Julai Ahad : Pengajian Muslimat di Surau Sebaya jam 3 petang
10. 20 Julai Isnin: Pengajian muslimat di Surau darul Aman jam 3 petang
11. Setiap malam lepas Maghrib pengajian muslimin dan muslimat di masjid Meru.
""Carilah ilmu seluasnya sebagai bekalan dalam mengharungi kehidupan dan sebagai bekalan di akhirat""

USRAH GURU PASTI DUN MERU

Usrah merupakan perkara yang penting dalam pembinaan rohani, justru itu gabungan usrah guru Pasti telah dilaksanakan di Dun Meru bagi meningkatkan ketakwaan di samping dapat berbincang pelbagai aktiviti bagi kesatuan fikrah. Usrah yang masuk tahun ke 2 ini di bimbing oleh Ketua Halwa Meru dan diterajui oleh Cikgu Zubaidah Yunus dengan dibantu oleh Fadhilah Senin. Pengisian dalam usrah sebulan sekali ini yang bergilir tempat 6 pasti ini ialah dimulai dengan bacaan ma'thurat. Pengisian oleh naqibah dan tazkirah oleh tuan rumah serta diakhiri dengan perbincangan pelbagai perkara seperti isu semasa, aktiviti bersama dan permasalahan Pasti.Al hamdulillah semua guru dapat memberi komitmen yang baik. Semoga guru pasti Meru akan terus beristikomah.

MUSLIMAT DAHAGAKAN ILMU

Alhamdulillah pada 11.7.09 Biro wanita Masjid asSyarif Meru telah berjaya melaksanakan program Penghayatan solat untuk muslimat. Pengisian oleh Ustaz Rosli dan Ustaz Muhaimin menarik minat peserta dan menyedarkan peserta beberapa kesilapan dan kecuaian dalam melakukan solat. Peserta yang seramai 150 orang itu menyatakan sangat berpuashati dan akan berusaha mempraktikkan saranan daripada penceramah. Program ini juga diisi dengan slot Muhasabah Diri bagi mengenang kesalahan dan kealpaan setiap individu. Akhirnya program ditangguhkan oleh Ketua Kampung Meru En Thaifor jam 12.30 tengah hari. Selaku penasihat program ustazah Norhasifah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.