Nov
28
Halwa Meru: Urusan Remaja dan Nisak ke IKS
Pada cuti sekolah pelbagai aktiviti dirancang oleh Unit Remaja Halwa dan Nisak bagi memenuhi cuti dengan manafaat. Antara program yang telah dirancang dan telah dilaksanakan dengan jayanya ialah Lawatan Nisak ke Industri Keci Sederhana. Peserta terdiri dari remaja sekolah menengah seramai 40 orang yang telah mengunjungi IKS sekitar Kg Meru dan Bukit Kapar antaranya Tanaman Cendawan,Kilang kuih,Kilang Kerepek, Penternakan kambing,Kilang Roti, Kolam Ikan Keli dan Tanaman taugeh. Para peserta menyatakan seronok dan banyak pengetahuan setelah mengikuti program ini. Program ini telah diketuai oleh Puan Nora Mohamad dan Setiausahanya yang dedikasi Puan Rahmah Jumhir. Tahniah.