majlis silaturrahim Surau Darul Makmur

Muslimat Kariah Surau Darul Makmur sedang menjamu selera. Pelbagai juadah ada hasil sumbangan ahli kariah. Dengan cara ini dapat mengeratkan ukuhuwwah fillah

Kehadiran isteri YB Adun Meru Pn Afidah Anum, ibu serta kakaknya yang sememangnya ahli kariah ini menyerikan lagi majlis ini.

Program Senandung Kasih sedang berjalan. Banyak manafaat yang diperolehi dalam program ini.


Bacaan Yasin dan Tahlil yang dikendalikan oleh Pengerusi Biro Wanita Surau Darul Makmur sendiri sedang dijalankan. Semoga Allah menerima segala amalan.

Inilah ustazah yang menyampaikan tazkirah pada pagi yang mulia ini. Tajuknya :Silaturrahim. Hebat dan Mantap. InsyaAllah bulan depan 8 November kita ada lagi Majlis Ilmu.

Majlis Silaturrahim Surau Darul Makmur dapat menghimpunkan seramai 40 orang muslimat kariah. Antara acara majlis tersebut ialah Bacaan Yasin dan Tahlil, Tazkirah , senandung Kasih dan Jamuan Mesra. Rata-rata peserta mengharapkan program akan diteruskan. Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment