Halwa Meru: Urusan Remaja dan Nisak ke IKS

Tengoklah AJK Nisak pun tak lepaskan peluang untuk melukis batik. Halwa tak sangka ada kilang batik di Dun Meru yang terletak di Bukit Kapar.
Ini adalah pelukis batik terbaik. Menurut peserta mereka akan membuka kilang batik sendiri satu hari nanti.

La.... Seronoknya jumpa kambing. Tak pernah pegang kambing tapi hari ini dapat masuk kandang kambing dan bermain dengan kambing. Kambing pun sporting bergaya bergambar.


Ni pula di kilang kerepek di Jalan Surau Sebaya. Apa lagi memborong kerepeklah rombongan nisak terutama AJKnya.



Nisak tak lupa ucap terima kasih dan memberi sedikit cenderahati sebagai kenangan.

Ketua Urusan Remaja Halwa merangkap penyelaras Halwa meru sedang menyampaikan cenderahati kepada Pemilik kilang kuih/bahulu di batu 8 Meru


Halwa di dalam kilang kuih/bahulu sedang memerhatikan kecekapan pekerja menjalankan tugas mereka.

Halwa dan remaja bergambar di perkarangan rumah cendawan bersama pemiliknya. Para peserta ceria sebab dapat makan cendawan goreng bertepung, nasi goreng cendawan dan jus cendawan.

Ini lokasi pertama peserta bertemu iaitu di Masjid asSyarif Meru. Masjid Meru memberi sumbangan sarapan pagi. Terima kasih.


Ini Ajk yang tak dapat pergi sebab ada Majlis lain. Apapun Ketua Halwa ucap tahniah kepada semua yang terlibat khususnya Cikgu Nora.

Pada cuti sekolah pelbagai aktiviti dirancang oleh Unit Remaja Halwa dan Nisak bagi memenuhi cuti dengan manafaat. Antara program yang telah dirancang dan telah dilaksanakan dengan jayanya ialah Lawatan Nisak ke Industri Keci Sederhana. Peserta terdiri dari remaja sekolah menengah seramai 40 orang yang telah mengunjungi IKS sekitar Kg Meru dan Bukit Kapar antaranya Tanaman Cendawan,Kilang kuih,Kilang Kerepek, Penternakan kambing,Kilang Roti, Kolam Ikan Keli dan Tanaman taugeh. Para peserta menyatakan seronok dan banyak pengetahuan setelah mengikuti program ini. Program ini telah diketuai oleh Puan Nora Mohamad dan Setiausahanya yang dedikasi Puan Rahmah Jumhir. Tahniah.










Kumpulan Munajat Halwa Meru

Antara peserta yang terawal hadir dalam program ini. Semangat yang ada pada diri mereka walaupun semuanya berusia 50 tahun ke atas sangat dikagumi. Amal Jariah masih dilakukan sebagai bekalan.
Barisan ajk sebagai penganjur program lega kerana kumpulan munajat pertama dapat dibentuk. Sasaran mereka adalah lima belas orang tetapi yang hadir seramai 22 orang. Al hamdulillah.

Menjamu selera sambil menjalin ukhuwah bagi mengukuhkan jamaah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan.

Penat hilang bila melihat semangat kumpulan munajat yang usia emas tetapi sanggup menerima amanah demi Islam yang tercinta. Allahu akbar

Para peserta tekun mendengar tazkirah dan taklimat dari pihak penganjur. Semua menyatakan rasa bersyukur kerana dalam usia emas mereka masih dihargai dan diberi peluang untuk beramal jariah.

Mudah-mudahan dengan usaha membentuk kumpulan munajat ini kita sentiasa mendapat pertolongan dan perlindungan dari Allah. Semoga berkurangan maksiat dan kemungkaran di bumi Allah ini. Untuk kumpulan yang pertama ini seramai 20 orang terdiri dari lokaliti Persiaran Hamzah Alang, Jalan Nenas dan Jalan belimbing.

Ramah Mesra Halwa Bersama Ibu Tunggal

Antara AJK pelaksana Program Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal sempat berposing dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Ketua Biro Wanita masjid AsSyarif Meru menyampaikan cenderahti kepada Pn Afidah kerana sudi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup.

Ini adalah barisan AJK Pendaftaran yang dedikasi. Mereka tidak meninggalkan meja pendaftaran sehingga majlis selesai. Terima kasih atas bantuan anda.


Amboi, sedapnya menjamu selera. Inilah orang kuat masjid yang bekerjasama dengan Halwa.

Salah satu aktiviti yang dijalankan dalam program ini bagi menginsafi diri bahawa semua yang terjadi adalah ketentuan Allah. sebagai hamba kita perlu banyak bersabar dan terus beribadah

Pn Hajah Siti Hasnah merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Mekar Selangor sedang memberi taklimat kepada peserta berkenaan tentang PERIMS

Asyik para peserta mendengar motivasi dari Pn Nuridah Mohd Salleh yang bertajuk Kasih Pada Yang Satu

Slot "Suara Hati" yang sangat menarik tentang pengalaman ibu tunggal mengharungi kehidupan yang diwakili oleh Pn Noraini Ariffin dan Pn Pujiah Bahran.

Pn Afidah Anum isteri YB Dr Abd Rani sedang menyampaikan cenderahati tanda terima kasih kepada Ustazah Nuridah Salleh

AJK pendaftaran sibuk melayan para peserta ketika pendaftaran. Kehadiran di luar jangkaan sehingga mencecah 150 orang. Sedangka n jangkaan AJK hanya lingkungan 60 orang sahaja yang akan hadir. Al hamdulillah.

ZIARAH UKHUWAH FOR AMAL

Di rumah adik Nor aida Azanie yang kematian ayah kerana kencing manis kronik. Halwa sedang menemuramah ibu adik Aida bagi berkongsi suka duka sebagai ibu tunggal.
Halwa di rumah Puan Rahimah seorang ibu muda yang berkongsi kasih dengan 4 anak tiri dan seorang OKU. Adik Afif berusia 14 tahun ceria melayan rombongan Halwa. Sumbangan wang dan barangan diberikan ke atas keluarga ini. Semoga Pn Rahimah terus sabar menjalankan tanggungjawab.

Halwa di rumah Pn Nasiah. Pn Nasiah dan suami menghadapi masalah sakit kaki. Walaupun sakit kedua-duanya tidak lupa untuk melakukan ibadah fardu kepada Allah.

Halwa di rumah adik faezah yang kematian ayah pada bulan Ramadhan yang lalu. Halwa sangat bersimpati dan menghulurkan sedikit sumbangan serta memberi motivasi bagi memberi suntikan semangat kepada adik Faezah dan ibunya.

Di rumah Pn Rukiah yang juga mengahdapi sakit kaki. Katanya sejak sakit kaki pergerakan sangat terbatas. Kami memahami dan megharapkan kesabaran




Halwa sentiasa bergerak melakukan kerja-kerja amal lillahi Taala. Halwa merasakan satu kepuasan kerana dapat berkongsi pelbagai permasalahan dengan wanita-wanita lain .

Kesepakatan Membina Kekuatan
















Halwa sentiasa mencapai kata sepakat bagi memastikan semua program yang diatur dapat berjalan dengan baik dan lancar. Setiap perkara dihadapi dan ditangani dengan kesepakatan melalui perbincangan semua peringkat agar ianya memberi manafaat kepada semua pihak

Ramah Mesra Pasti Munawwarah kerjasama Halwa

Salam dihulur tanda kemesraan di kalangan ajk dan tetamu Halwa sentiasa mengalukan kedatangan.
Serius nampak perbincangan? Begitulah Halwa yang tak pernah putus dengan idea dan program.

Ramah mesra begini adalah satu wasilah yang paling mudah mendekati masyarakat. semoga berkekalan.

Barisan ajk dalam satu majlis Ramah Mesra di pasti al-Munawwarah. Meriah dan penuh kemesraan.

Tetamu sedang mengambil makanan yang pelbagai dihidangkan hasil sumbangan semua ajk.




HalWa Meru sentiasa bersama masyarakat

bersama seorang mak cik dari Paya Barat yang mula aktif dengan usrah yang diketuai oleh Aisyah dari Cawangan Paya Barat. Semoga berterusan dan salah satu aktiviti mereka ialah ziarah.
Halwa di depan rumah Ustazah Sulamah yang baru je pencen. katanya dan meneruskan perjuangan sebagai pendakwah. Semoga niat murni Ustazah dimudahkan oleh Allah.

Ini barisan protokol menyambut kedatangan tetamu dalam satu majlis di Meru.Walaupun penat tetap ceria.

Ini pula di depan rumah Pn Jamaliah. Tiap-tiap tahun mesti raya kat sana sebab dia murid ngaji yang paling setia dan kita pun dah anggap macam ibu.



Kami di perkarangan Masjid at-Taqwa Bukit kapar. Ada program Mesra bersama masyarakat