Kenangan Kem Srikandi Solehah


Srikandi Harapan Generasi Akan Datang.


Jati diri UNGGUL, Srikandi TERULUNG!!


Sesejuk Mata Memandang.

Kem Serikandi Solehah melibatkan 40 peserta remaja muslimat yang dijalankan di Rumah rehat Kuang pada cuti sekolah Disember yang lalu. pelbagai aktiviti dirancang oleh Jawatankuasa Program yang diketuai oleh Sdri Nadyah Mahmud. Rata-rata peserta sangat berpuas hati dan melahirkan rasa bersyukur kerana terpilih menyertai program kali ini.

3 hari 2 malam bersama dapat melahirkan rasa ukuhuwah yang padu. linangan air mata mengiringi perpisahan khas untuk fasilitator yang datang dari pelbagai IPT. Halwa merasa bangga dengan kebolehan Urusan remaja mengendalikan program ini dengan jayanya. Tahniah untuk semua peserta. Insya Allah program ini akan diteruskan.


SAMBUTAN HARI IBU DAN GURU

HalWa Meru dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Meru akan mengadakan Sambutan Hari ibu dan Guru pada 17 Mei 2009. Pelbagai acara disusun bagi menghargai insan yang bernama ibu dan guru. Antara penceramah yang akan bersama ibu dan guru ialah Ustaz Zahazan Mohamad dan Tuan Haji Husim Salleh seorang pakar motivasi yang terkenal.

Dialu-alukan sebarang cadangan dan sumbangan yang dapat menambahbaikkan program ini. Sebarang sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit, barangan mahupun idea amat kami alu-alukan. Ibu Guru :Mulia hatimu seindah namamu"

SEMARAK HIJAU "BERSAMAMU"

HalWa Meru dengan kerjasama Jawatankuasa muslimat cawangan yang menjadi telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan Semarak Hijau "Bersamamu" pada 25 April 2009 jam 3 petang di perkarangan Bilik Gerakan HalWa. Satu program yang julung kalinya melibatkan 20 cawangan di Meru dengan gerak kerja mengagihkan sumbangan kepada fakir miskin dan al malak di Dun meru. Seramai 200 rumah fakir miskin dan 100 al-malak telah dilawati oleh pasukan yang dibentuk oleh JMC dengan dibantu muslimin cawangan dan Unit Amal Meru.

Apa yang sangat dibanggakan kerjasama yang padu oleh semua JMC sehinggakan program berjalan dengan lancar. Tahniah buat semua. Terima kasih kepada isteri Yang Berhormat iaitu Pn Afidah Anum yang sudi bersama-sama turun padang untuk menjayakan program ini. Terima kasih kepada cawangan Meru Tengah yang menjadi tuan rumah. Terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat dan Unit Amal. Terima kasih.

Tidak lupa kepada penyumbang barangan yang bernilai RM7,000.00 dengan ucapan jazakallah, begitu juga Pusat Khidmat masyarakat Dun meru yang tidak jemu membantu HalWa. Program ini akan diteruskan. Insya Allah.

SEMARAK HIJAU "BERSAMAMU"

HalWa dengan kerjasama JMC Pas Meru akan mengadakan program Semarak Hijau "Bersamamu" pada 25 April 2009 Sabtu jam 2.30 petang bermula di Perkarangan Bilik Gerakan HalWa. Dijangkakan 15 cawangan akan turun bersama menziarahi dan menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada fakir miskin di Dun Meru. Sumbangan akan diedarkan mengikut cawangan.

Lantaran itu sesiapa yang berminat untuk menyumbang sangat-sangat dialukan sama ada berbentuk barangan atau wang. Sumbangan boleh dihantar ke bilik Gerakan HalWa atau kepada Pn Adibah Sidek. Semoga usaha murni kita mendapat redha Allah.

ZIARAH KASIH HALWA

AJK sedang membungkus buah tangan untuk diagihkan semasa ziarah.


Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


Hanya ini yang mampu kami berikan


Terima kasih, kerana masih ada lagi yang sudi membantu


Hulurkan tangan, ringankan beban


Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Semoga Allah akan memberkati segala usaha dan pertolongan yang diberikan. Bukan nama yang dicari, tetapi hanya Keredhaan dan Keberkatan daripada-Nya. Ameen..



Sambutan Hari Ibu Dan Guru Peringkat Dun Meru



Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru dengan kerjasama Pasti-Pasti Dun Meru akan menganjurkan sambutan Hari Guru Dan Ibu Peringkat Dun Meru pada 17 Mei 2009 yang bertempat di Dewan MPK Meru. Semua masyarakat dijemput hadir. Dengan bertemakan "Mulia Hatimu Seindah Namamu", program kali ini menampilkan Ustazah Siti Norbahyah dalam slot ceramah motivasi. Pelbagai pertandingan di peringkat anak-anak, gerai jualan dan pameran turut diadakan sepanjang hari tersebut. Tidak dilupakan program kali ini turut akan meraikan anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan samada di peringkat rendah mahupun menengah. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
1) PUAN HAJIJAH SIDEK = 016- 398 9970
2) PUAN ADIBAH = 019- 937 6982
3) CIKGU RADIAH = 019- 3054946


AKTIVITI HALWA

Assalamualaikum,
Muslimat yang dikasihi,

15.4.09 : usrah peningkatan halwa meru di caw jalan dusun

17.4.09 : Forum Perdana anjuran Pej Adun dan Paid Klang di Padang Bukit Kapar

GAGASAN PERJUANGAN WANITA

Zaman wanita terperuk di dapur sudah berlalu, kini tangan yang menghayun buaian itu telah banyak menggegarkan dunia. Malah di sebalik kejayaan seseorang itu, baik seorang anak atau pun suami, berdiri di belakangnya seorang wanita yang menjadi pendorong kejayaannya itu.

Suara-suara wanita memberikan pendapat dan pandangan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa sudah mula didengar dan kemampuan wanita menerajui pelbagai profesion telah diperakui dan setanding dengan kaum lelaki. Ini membuktikan bahawa wanita juga mempunyai kewibawaan dalam memberikan sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara.

Jadi apakah lagi yang akan diperjuangkan oleh wanita? Dalam hal ini ada beberapa gagasan perjuangan yang sesuai bagi wanita Islam, antaranya:


Mengekalkan Asas Kedudukan dan Peranan Wanita


Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah an-Nisaa, ayat 32:

“ Janganlah kamu berangan-angan (ingin mendapatkan) kurniaan yang dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain (sama ada berbentuk keduniaan atau keagamaan). (Kerana telah ditetapkan) bagi orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi wanita pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan (maka berusahalah). Mohonlah kepada Allah akan limpah kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Memantapkan Pendidikan dan Latihan

Islam telah membuka peluang yang luas kepada lelaki dan wanita mencapai kejayaan dalam bidang ilmu mengikut keupayaan masing-masing. Ini disebutkan di dalam firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah al-Ahzaab, ayat 34:

“ Dan ingatlah (serta amalkan) apa yang dibaca di rumah kamu iaitu ayat-ayat Allah (Al-Qur’an) dan hikmah (hadist-hadist Rasulullah). Sesungguhnya Allah adalah Maha Halus Tadbir-Nya lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.”


Menceburi Kerjaya Profesional


Jika dahulu kaum wanita kurang menonjol tetapi sekarang tenaga mahir wanita dari pelbagai bidang dan kerjaya telah bertambah dari semasa ke semasa. Contohnya, jika dahulu jawatan doktor hanya dimonopoli oleh kaum lelaki malah diimpot dari luar negara tetapi sekarang ramai di kalangan doktor terdiri daripada doktor wanita tempatan.

Begitu juga tenaga kerja dalam agensi kerajaan dan swasta, kaum wanita telah diberikan kepercayaan menyandang beberapa jawatan penting seperti Pengarah, Pengarah Urusan sehinggalah jawatan Setiausaha Tetap. Kedudukan ini perlu dipertahankan dengan mengambilkira beberapa faktor yang perlu dijaga dan dipelihara, iaitu ;

a) Sebagai seorang wanita yang belum berkahwin.
b) Sebagai seorang isteri dan ibu.
c) Aurat dan penampilan.
d) Batas-batas dalam pergaulan.
e) Penempatan kerja.



Kebebasan Memberi Pandangan Dan Pendapat.


Suara-suara wanita meski pun tidak selantang suara lelaki sepatutnya diberikan kebebasan memberi pandangan dan pendapat sama seperti kaum lelaki. Ini demikian kerana dalam sejarah Islam pandangan wanita tidak diabaikan sekalipun dalam keadaan yang penting.

Bahkan Al-Quran sendiri ada menyebutkan kisah isteri Fir’aun yang telah memberi pendapat kepadanya supaya tidak membunuh anak yang dijumpainya sebagaimana yang tersebut dalam surah al-Qasas, ayat 9 ;

“Dan berkatalah isteri Fir’aun, “(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu, janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia berguna kepada kita, atau kita jadikannya sebagai anak...”

Pendapat ini telah terbukti dapat mengubah pendirian tegas Fir’aun sehingga akhirnya dia telah bersetuju untuk tidak membunuh Nabi Musa dan menjadikannya sebagai anak angkat.

Secara keseluruhannya, boleh ana simpulkan bahawa apapun juga jenis perjuangan wanita Islam pada hari ini, mereka hendaklah melihat dan memikirkan implikasi daripada perjuangan tersebut dari pelbagai sudut.

Perjuangan wanita perlu didasari oleh agama, kerana agamalah yang meletakkan mereka di tempat tinggi lagi mulia di sisi keluarga, masyarakat dan negara. Agama mesti berada di tempat yang pertama dalam senarai keutamaan. Selain itu, keredhaan dan pengorbanan suami sebagai pemimpin keluarga perlu diambil kira.

Perlu juga diingat bahawa wanita Islam dituntut menjaga kehormatan diri dan menunaikan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan ibu yang baik. Oleh itu, apa pun tindakan yang dilakukan hendaklah tidak lari daripada tuntutan tersebut.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah al-Ahzaab, ayat 59 ;

“ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa mereka keluar). Cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim ;

وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ


Maksudnya ; “Isteri adalah pengawas yang bertanggungjawab atas kesejahteraan rumahtangga suaminya dan anak-anak ..”

Wanita juga mestilah mengukuhkan pendirian sebagai orang Islam dan tidak mudah terikut-ikut dengan pengaruh yang menjatuhkan maruah mereka.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi ;

لا تَكُونُوا إِمَّعَةً تَقُولُونَ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا وَإِنْ أَسَاءُوا فَلا تَظْلِمُوا


“Janganlah kamu menjadi orang yang tidak berpendirian (menurut tanpa meneliti) yang berkata : “Jika orang berbuat baik, kami pun berbuat baik dan jika orang berbuat jahat, kami pun berbuat jahat.” Akan tetapi hendaklah kamu teguhkan pendirian kamu ; jika orang berbuat baik, hendaklah kamu berbuat baik dan jika mereka berbuat jahat, maka janganlah kamu lakukan kejahatan itu.”


HALWA MERU MERAKYAT PERJUANGAN



NILAI THIQAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM

Ø Apakah yang dimaksudkan dengan Thiqah?

Imam Hasan Al-Banna berkata: “ Apa yang aku maksudkan dengan thiqah ialah pengikut yang berlapang dada terhadap qiadah (pemimpin) mereka, pada kemampuan dan keikhlasan mereka, dengan sepenuh rasa ketenangan sehingga menghasilkan rasa kasih, hormat, penghargaan dan ketaatan.

Pemimpin adalah sebahagian dari da’wah dan tiada da’wah tanpa pemimpin. Kepercayaan antara pemimpin pengikut menentukan kekuatan sistem jamaah, kerapian strategi, kejayaan untuk mencapai matlamat, dan kemampuan mengatasi halangan dan kesusahan yang terbentang di hadapannya.”




Ø Kepimpinan Dalam Islam?


Setiap insan dilahirkan di atas muka bumi ini sebagai pemimpin untuk mentadbir dunia dan seluruh isi kandungannya. Allah berfirman: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah (pentadbir atau pemimpin) di muka bumi...” [Al-Baqarah: 30] Justeru itu, Islam sangat menitikberatkan tentang kepimpinan, dan untuk itu umat Islam haruslah meneliti noktah-noktah berikut:

Pertama: Bahawa agama Islam adalah agama jama’ah, agama kumpulan, menegas hakikat inilah Sayyidina Umar Al-Khattab berkata: “ Tidak tertegak Islam melainkan dengan usaha berjama’ah. Tidak berma’na jama’ah melainkan dengan pemimpin. Dan tidak berma’na kewujudan pemimpin kecuali diberi keta’atan oleh anggota kepadanya.”
Kedua: Bahawa seseorang muslim mesti memimpin, sekurang-kurangnya memimpin rumah tangganya. Sabda Rasulullah s.a.w: “ Setiap kamu adalah gembala (pemimpin) dan kamu bertanggungjawab terhdap rakyat yang dipimpin…” [Riwayat Al-Bukhari: 2232]
Ketiga: Bahawa orang Islam mestilah terikat dengan kepimpinan walau dalam urusan yang kecil sekalipun, seperti dalam musafir yang tidak kurang dari 3 orang. Rasulullah s.a.w bersabda:

إِذَا خَرَجَ ثَلاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ

“Apabila keluar bermusafir tiga orang dikalangan kamu, maka lantiklah salah seorang daripadanya menjadi ketua.”
Keempat: Bahawa kepimpinan adalah amanah. Rasulullah s.a.w. berrkata kepada Abu Dzar r.a:

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

“ Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau seseorang yang lemah sedangkan jawatan (pemimpin) adalah satu amanah yang pada hari qiamat nanti merupakan satu kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang-orang yang dapat melaksanakan tugasnya dengan benar dan menunaikan kewajiban dengan sebaik-baiknya.” [Riwayat Muslim: 3404]
Kelima: Bahawa Islam telah meletakkan kaedah-kaedah yang tertentu, syarat-syarat tertentu supaya kepimpinan Islam dapat diisi dengan sebaik-baik yang boleh. Ulama’ membuat penelitian yang rapi yang diletakkan keatas yang diletakkan yang dicalon menjadi pemimpin dan yang mencalonkan kepimpinan. Firman Allah S.W.T: “…sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai.” [Al-Qasas: 26]


Ø Mengapa pentingnya Thiqah dalam Kepimpinan Islam?

- Dapat membuahkan keyakinan dan kepercayaan terhadap pemimpin yang dilantik (kemampuan dan keikhlasan mereka).
- Dari kepercayaan tersebut dapat menghasilkan ketaatan dan komitmen yang tinggi dikalangan pengikut dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab.
- Dapat melaksanakan strategi yang dirancang dengan effektif dan mencapai matlamat yang digariskan.Tidak berlaku pecah belah dalam gerakan.

Ø Bagaimana hendak menyemai dan menyuburi Thiqah?

Kita telah maklum akan kepentingan thiqah dalam kepimpinan Islam, tinggal lagi bagaimana kita nak menyemai dan menyuburkan thiqah tersebut? Antara perkara yang sesuai dilakukan ialah dengan mengelak dan menjauhkan diri dari perasaan buruk sangka (سوء الظن) terhadap pemimpin yang dilantik. Jangan biarkan perasaan syak wasangka ini terdetik di dalam pemikiran dan jiwa kita walaupun untuk seketika. Allah S.W.T. berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” [Al-Hujuraat: 12] Dan Rasulullah juga pernah bersabda: “ Jauhilah kamu akan pra-sangka (buruk), sesungguhnya pra-sangka itu sedusta-dusta hadis (percakapan atau kenyataan).” [Riwayat Muslim: 2563] Apa yang perlu kita lakukan ialah berbaik sangka (حسن الطن), berlapang dada, yakin terhadap keputusan syura dan memberi ketaatan kepada mereka yang dilantik untuk memimpin kita.


Ø Penyerahan terhadap Allah S.W.T.

Setelah kita berusaha untuk mengelak diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh menghilangkan kepercayaan kita terhadap pemimpin, maka kita hendaklah menyerahkan urusan seterusnya kepada Allah S.W.T. Tuhan semesta alam yang menjadikan segala-galanya dengan kehendak-Nya. Hanya Dia yang mampu melembut dan menyatukan hati-hati hamba-Nya (dan menimbulkan keyakinan dan kepercayaan sesama insan). Firman Allah: “Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” [Al-Anfal: 63]